I-Usahawanita

Tentang Kami

Apa itu I-Usahawanita?

Projek Bisnes Program I-Usahawanita merupakan satu modul pembangunan modal insan yang khusus untuk membantu semua golongan wanita tanpa mengira latar belakang demi memperkasakan ekonomi kaum wanita pada masa kini. Dengan wujudnya Projek Bisnes Program I-Usahawanita ini, ia turut mampu mengubah minda dan hati serta tindakan seorang peniaga ke minda dan hati serta tindakan seorang usahawan yang berjaya dalam menjana pendapatan bagi membantu keluarga.

Projek Bisnes Program I-Usahawanita direka khas dengan berkonsepkan modul Bisnes Otai-Pos dan sistem online yang kemas, mudah dan teratur. Hal yang demikian, modul Bisnes Otai-Pos disediakan bagi memudahkan golongan usahawanita memulakan perniagaan sekaligus tidak perlu meninggalkan kerjaya dan pendapatan yang sedia ada bagi golongan usahawanita yang bekerjaya.

Seterusnya, Projek Bisnes Program I-Usahawanita juga diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran betapa pentingnya ilmu perniagaan dan keusahawanan untuk menyara hidup ahli I-Usahawanita selari dengan ekonomi masa kini.

Objektif 1

Membantu golongan wanita terutamanya ibu tunggal, suri rumah sepenuh masa dan golongan muda untuk menjana pendapatan bagi membantu keluarga.

Objektif 2

Mensasarkan pendapatan sebulan purata RM5000 di mana konsep bisnes yang ditawarkan ialah Otai-Pos dan Auto Bisnes (100%) oleh Biorich Marketing, kos penghantaran adalah percuma untuk Semenanjung Malaysia, Sabah Dan Sarawak.

Objektif 3

Menyediakan satu modul bisnes yang tulen bukan money game yang berasaskan produk makanan dan kesihatan. (lebih 30 produk telah disediakan).

Puan Radziah Binti Mohammad Kamal

Ikon & Mentor I-Usahawanita

Organisasi

Profil Pn. Radziah Kamal

Sekitar tahun 1997-1998, Puan Radziah Mohammad Kamal merupakan personaliti TV3, dan pengacara program rancangan NONA. Selain itu, beliau juga pernah diberi peluang menjadi pengacara Wanita Hari Ini (WHI). Pada penghujung tahun 1999, beliau terpaksa meninggalkan karier sebagai pengacara kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Disebabkan keadaan ekonomi yang tidak stabil pada waktu itu, beliau telah mengambil keputusan untuk membantu suaminya menguruskan perniagaan. Beliau telah menceburi bidang business online networking yang berasaskan produk keperluan diri dan kenderaan. Konsep business online networking sudah semestinya berhadapan dengan pelbagai persepsi negatif orang ramai tetapi beliau dan suami yakin bahawa business online networking akan memberi rezeki yang tidak diduga. Setelah 17 tahun di dalam bidang business online networking, beliau dan suami berjaya menjana pendapatan RM 50,000+++ sebulan serta melebarkan sayap rangkaian ke seluruh Malaysia. Selain itu, beliau juga mempunyai Kedai Celebriti Cafe di Kuala Kangsar, Perak. Berdasarkan pengalaman yang beliau miliki, tanggal 28 Oktober 2017, Puan Radziah Mohammad Kamal telah dilantik sebagai Ikon & Mentor untuk I-Usahawanita.

Hubungi Kami

Anda ada sebarang pertanyaan, komen dan cadangan mengenai I-Usahawanita? Sila isikan diruangan bawah.

Portal I-Usahawanita

No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar
Selangor Darul Ehsan
H/P: (019) 435 5161

Hantar mesej:
Pelawat baru?

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang I-Usahawanita.


Portal I-Usahawanita
No. 15 Jalan PPSL 1,
Pusat Perniagaan Sungai Lias,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi
8.30 pagi - 5.30 petang (Isnin-Jumaat)
9.00 pagi - 4.00 petang (Sabtu)
Cuti (Ahad serta Cuti Umum)


© Hakcipta Terpelihara 2017