Modul Bisnes Otai-Pos

Pengenalan Modul Bisnes Otai-Pos

Modul bisnes yang berkonsepkan otai-pos ini telah direka khas oleh Biorich Marketing bagi memudahkan ahli I-Usahawanita memulakan bisnes ini. Golongan wanita masa kini sering kali berhadapan dengan kekangan masa, tenaga dan sokongan untuk memulakan sebuah perniagaan namun dengan adanya modul Bisnes Otai-Pos, ianya mampu menyelesaikan masalah yang sering kali dihadapi. Projek bisnes program I-Usahawanita ini juga tidak memerlukan masa yang banyak, dengan hanya 2 jam dalam seminggu dan 8 jam dalam sebulan, sudah memadai malahan masanya yang begitu fleksible mengikut kesesuaian waktu ahli I-Usahawanita. Sehubungan dengan itu, ahli I-Usahawanita tidak perlu risau akan proses penghantaran produk kerana segala khidmat pembungkusan dan penghantaran akan dilakukan oleh pihak Biorich Marketing.

Selain daripada modul Otai-Pos, I-Usahawanita juga menyediakan shoponline (website) secara percuma. Shoponline yang telah disediakan oleh I-Usahawanita boleh diakses dan dilayari sehingga ke 231 buah negara. Bukan itu sahaja, database prospek dari Biorich Marketing juga telah tersedia dan dengan hanya berpandukan ‘Intelligent Catalogue’ yang boleh diakses ke laman YouTube, maka proses permulaan bisnes akan menjadi lebih mudah.

Antara kelebihan utama shoponline ini adalah ahli I-Usahawanita bukan sahaja boleh menjual produk makanan dan kesihatan dari Biorich Marketing, malah ahli I-Usahawanita juga boleh menjual produk sendiri di shoponline yang sama. Selain itu, shopping cart dan database pembelian yag lengkap telah disediakan di shoponline I-Usahawanita. Seterusnya, pelbagai kaedah pembayaran yang telah disediakan iaitu melalui visa kad, master kad, debit dan kredit kad, yang paling utama kaedah pembanyarannya ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Ini kerana ianya selari dengan kelebihan shoponline yang boleh diakses dari 231 buah negara.

Pelawat baru?

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang I-Usahawanita.


Portal I-Usahawanita
No. 15 Jalan PPSL 1,
Pusat Perniagaan Sungai Lias,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi
8.30 pagi - 5.30 petang (Isnin-Jumaat)
9.00 pagi - 4.00 petang (Sabtu)
Cuti (Ahad serta Cuti Umum)


© Hakcipta Terpelihara 2017